Friday, September 9, 2022

[1271.22] PERKAITAN ISU NIAT DENGAN PERBUATAN TERTUDUH BAGI TUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN (KESALAHAN MEMBUNUH ORANG)


Berhubung dengan isu niat, contoh yang dapat diberikan adalah berhubung dengan situasi di mana pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan tertuduh dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepada tubuh si mati yang mana pada lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian.
Keterangan-keterangan yang boleh dikemukakan bagi membuktikan elemen niat adalah misalnya dengan mengemukakan pegawai perubatan yang menerima dan merawat si mati seterusnya membuat kesimpulan dan mendapati kecederaan si mati, mempunyai banyak luka dan kesan tikaman dan hirisan pada badannya melalui proses bedah siasat kemudian membuat dapatan bahawa kematian si mati adalah disebabkan tikaman pada jantung dengan benda tajam. Inferens oleh pegawai perubatan juga boleh disandarkan contoh dengan melihat jika wujud ciri-ciri lain seperti jumlah tikaman yang ada dan kecederaan akibat mempertahankan diri. Kecederaan kepada organ-organ utama si mati juga adalah penting dengan melihat kepada paru-paru dan jantung untuk kelangsungan hidup si mati.
Maka, berdasarkan inferens dan dapatan daripada saksi seperti pegawai perubatan yang menjalankan bedah siasat amat penting dalam membuktikan bahawa sememangnya tertuduh berniat untuk menyebabkan kematian si mati dalam konteks s 300(c) KK. contohnya, alat digunakan seperti pisau yang untuk menyerang si mati, bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan parah pada badan si mati tetapi juga kematian kerana sifat pisau itu sendiri yang tajam dan runcing.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►