Friday, September 9, 2022

[1272.22] PERKHIDMATAN WASIAT


Terdapat beberapa badan dan institusi yang menawarkan khidmat berkaitan wasiat, antaranya adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS khususnya mempunyai kepakaran yang diperlukan, terutamanya melibatkan penderafan dan penulisan wasiat secara formal bersama-sama kaedah pelaksanaan yang juga boleh dirujuk dengan pihak MAIS. hal ini juga adalah bagi memastikan supaya penulisan dan pelaksanaan wasiat individu tersebut kelak adalah selaras dengan syarak dan berturutan dengan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 dan Kaedah-Kaedah Pengurusan Wasiat (Orang Islam) Negeri Selangor 2008.
Selepas penulisan wasiat telah sempurna, MAIS berperanan dalam penyimpanan wasiat yang mana wasiat yang telah ditulis akan disimpan di sebuah tempat yang selamat bagi tujuan memelihara privasi dan mengelak daripada berlakunya apa-apa perubahan secara salah oleh mana-mana pihak yang mempunyai niat jahat. Namun, perlulah diketahui bahawa semasa wasiat disimpan, pihak pewasiat masih boleh meminda wasiast tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Kebiasannya bayaran atau fi yang dicaj atau dkenakan kepada pihak pewasiat bagi tujuan penulisan wasiat adalah sebanyak RM300 bagi seorang dan jika terdapat pindaan pada wasiat, fi sebanyak RM50 akan dikenakan bagi tujuan mengemaskini wasiat terdahulu.
gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►