Tujuan utama apabila suatu Mahkamah mendengar suatu permohonan Writ of Habeas Corpus adalah dengan matlamat bagi memastikan seseorang itu dilepaskan daripada suatu penahanan yang tidak sah. Pertimbangan yang wajar serta adil oleh Mahkamah menjadi suatu keperluan dan perlu dilaksanakan dengan sangat berhati-hati terutamanya bagi isu-isu yang membabitkan tentang kesahihan sesuatu penahanan tersebut.
Rujukan utama adadalah dibuat dengan merujuk kepada Artikel 5(2) Perlembagaan Persekutuan dan dalam isu pengaplikasian undang-undang dan prosedur mengenai Writ of Habeas Corpus, kes yang boleh dirujuk adalah kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & 2 Ors [2004] 6 MLRH 281. Hakim di dalam kes ini berpendapat bahawa perkara pertama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah secara asasnya, adalah untuk melihat sama ada alasan bagi permohonan yang dikemukakan adalah yang termasuk dalam maksud ketidakpatuhan prosedur atau tidak. Untuk menentukan isu tersebut, langkah pertama Mahkamah adalah dengan melihat peruntukan undang-undang atau peraturan sedia ada berkaitan prosedur.
Jika tiada ketidakaturan di dalam suatu prosedur tersebut, maka, maka tidak boleh ada ketidakpatuhan terhadapnya. Hanya sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang nyata dan jelas, barulah Mahkamah berperanan dalam mempertimbangkan sama ada, berdasarkan fakta, terdapat ketidakpatuhan.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..