Tuesday, August 23, 2022

[1257.22] KEBOLEHTERIMAAN KETERANGAN KANAK-KANAK DI BAWAH AKTA JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017


Dalam menangani kesalahan terhadap kanak-kanak, terdapat kelonggaran syarat pembuktian dan ini dapat dilihat dalam Seksyen 17 dan Seksyen 18. Seksyen 17 menerangkan tentang anggapan keupayaan saksi kanak-kanak, iaitu seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya.
Seksyen 18 Akta menjelaskan berkaitan keterangan saksi kanak-kanak dengan menyatakan bahawa Mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak- kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.
Peruntukan ini dengan jelas memperuntukan bahawa keterangan saksi kanak-kanak yang tidak bersumpah boleh diterima dan satu sabitan berdasarkan keterangan tersebut adalah selamat. Contoh adalah seperti mangsa telah memberi keterangan di Mahkamah adalah seorang saksi yang kompeten memberi keterangan bersumpah dan keterangan boleh diterima oleh Mahkamah ini. Hal ini merujuk keadaan di mana mangsa telah menunjukkan bagaimana OKT melakukan perbuatan memegang kemaluan mangsa bagi maksud seksual.
Setelah itu, Mahkamah akan menilai mangsa / saksi sama ada dia adalah seorang saksi yang kredibel dengan syarat keterangan mangsa / saksi adalah 'unusually convincing'. Justeru keterangan SP1 boleh berdiri dengan sendiri tanpa keterangan sokongan seperti yang diputuskan di dalam kes PP v. Mardai [1949] 1 MLRH 502.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►