Monday, August 1, 2022

[1224.22] PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA SENDIRI


Penderaan terhadap kanak-kanak kebiasaannya berlaku dalam kalangan ahli keluarga sendiri yang mana dilakukan oleh sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali terhadap anak mereka.
Di Malaysia, ibu bapa mempunyai tanggungjawab di sisi undang-undang terhadap seorang kanak-kanak tersebut sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun dan ini telahpun diperuntukkan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak-kanak tersebut perlu dilindungi baik dari segi fizikal ataupun emosi.
Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab tersebut?
Seksyen 31(4) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan bahawa seseorang ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara seseorang kanak-kanak dianggapkan sebagai telah mengabaikan kanak-kanak dengan cara mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fikizal atau emosi jika, sungguhpun dia berupaya mengadakan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak itu dari sumber-sumbernya sendiri, sekiranya tanggungjawab tersebut diabaikan, mereka ini boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun ataupun kedua-duanya sekali.
Dari segi Undang-undang Keluarga Islam pula, hak hadanah boleh digugurkan dan dipindahkan kepada penjaga yang layak.
Ain Syafiqeen



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►