Thursday, August 4, 2022

[1225.22] PEMBERHENTIAN PEKERJA BAGI MENGELAKKAN KESAN YANG LEBIH BURUK KEPADA KELANGSUNGAN PERNIAGAAN SYARIKAT

 


Salah satu sebab yang paling biasa kita dengar, sebab pemberhentian pekerja oleh majikan/syarikat adalah kerana pihak syarikat ingin menyusun semula perniagaan mereka.
Contohnya, pada masa negara dilanda wabak Covid19, banyak syarikat yang terjejas dari segi kewangan. Oleh sebab ini, mereka terpaksa memberhentikan beberapa pekerja untuk menampung kos-kos kerugian yang ditanggung dan untuk menyusun semula syarikat mereka. Pemberhentian perkhidmatan sebegini adalah DIBENARKAN oleh undang-undang supaya syarikat dapat meneruskan operasi, kebiasannya apabila berlakunya 'redundancy' kerana mempunyai lebih kakitangan daripada yang diperlukan.
Jika Mahkamah meneliti fakta dan keadaan kes dan mendapati bahawa pihak syarikat mengambil keputusan untuk memberhentikan pekerjanya atas alasan untuk mengurangkan pekerja kerana masalah kewangan yang dihadapi, dan ianya dilakukan secara bona fide dan tidak bertujuan untuk menganiaya pekerja, Mahkamah boleh memutuskan berpihak kepada pihak majikan/syarikat.
Namun, bukan semudah itu pihak majikan/syarikat boleh membuang pekerjanya. Pihak majikan/syarikat perlu menjalankan proses pemilihan pekerja yang akan diberhentikan berdasarkan keperluan dan tatacara yang betul. Kebiasaannya syarikat akan menggunakan prinsip "Last In First Out" dan mengambil kira skop kerja mereka. Keputusan yang dibuat perlu menjustifikasikan sebab yang munasabah dan memuskan hati pekerja.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►