Monday, August 1, 2022

[1223.22] WRIT PEMILIKAN (WRIT OF POSSESSION)


Sudah terlalu banyak kes yang kita dengar membabitkan penyewa rumah yang buat hal. Di media sosial sahaja, ramai penyewa berkongsi keluhan, gambar-gambar dan situasi yang mereka hadapi berhadapan dengan penyewa yang buat hal. Bermacam-macam hal dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besarnya. Itulah yang ketabahan yang perlu ada pada setiap penyewa rumah.
Ada situasi yang mana penyewa degil, tidak mahu meninggalkan rumah dan masih berterusan tinggal di rumah yang disewa walaupun tempoh sewaannya telah tamat! Dalam hal ini, penyewa tidak boleh melakukan perkara seperti memotong bekalan elektrik ataupun mengunci rumah tersebut kerana penyewa akan diambil tindakan. Alahai, jadi bagaimana ingin membela nasib penyewa?
Dibawah Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik, penyewa perlu dapatkan Writ Pemilikan daripada Mahkamah. Writ Pemilikan ini adalah satu perintah mahkamah yang membolehkan seseorang atau kumpulan mengambil milik hartanah secara paksaan daripada orang atau kumpulan yang kini sedang memiliki harta tersebut.
Erti kata lain, SELEPAS si penyewa berjaya dapatkan Writ Pemilikan tersebut dan memenangi tuntutan pengusiran terhadap penyewa, setelah itu barulah penyewa boleh 'memaksa' penyewa untuk keluar dengan cara seperti ingin mengunci rumah atau memutuskan bekalan elektrik.
Kalau penyewa degil juga tidak mahu keluar, penyewa boleh memohon Writ Pengembalian pula.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►