Friday, July 29, 2022

[1215.22] ADAKAH KETERANGAN DENGAR CAKAP (HEARSAY) BOLEH DIKEMUKAKAN DI MAHKAMAH?


Keterangan yang dikemukakan oleh saksi di Mahkamah berdasarkan apa yang didengarinya daripada pihak lain tidak boleh diterima atau diambilkira sebagai keterangan jika individu yang membuat kenyataan tersebut tidak hadir di mahkamah sebagai saksi. Hal ini keterangan jenis ini dikenali sebagai keterangan dengar cakap (hearsay). Namun terdapat beberapa pengecualian yang membolehkan Mahkamah menerima keterangan dengar cakap ini yang mana boleh dirujuk di dalam Akta Keterangan.
Contoh keadaan bagi keterangan dengar cakap adalah apabila keterangan diberikan seorang saksi X mengenai pernyataan yang dibuat kepada saksi X oleh individu Y, yang mana individu Y tersebut tidak dipanggil sebagai saksi, maka, jika keterangan diberikan oleh saksi X di Mahkamah, ia dikira sebagai keterangan dengar cakap (hearsay) dan tidak boleh diterima Mahkamah.
Adalah menjadi peraturan am bahawa penyataan dengar cakap tidak diterima dalam Mahkamah sebagai pembuktian fakta yang dikatakan oleh pihak ketiga. Rujukan boleh dibuat kepada kes Teper v. R [1952] AC 480 pada muka surat 486, Lord Normand menyatakan “The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by another witness cannot be tested by cross-examination and the light which his demeanour would throw on his testimony is lost.”


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►