Friday, July 29, 2022

[1214.22] ETIKA YANG PERLU DIPATUHI SEBELUM MEMBERIKAN KETERANGAN DI MAHKAMAH


Mana-mana pihak atau saksi yang hadir ke Mahkamah, secara spesifik adalah bagi tujuan memberikan keterangan, perlulah berpakaian sopan dan tertib (berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata) dan membawa bersama-sama kad pengenalan diri. Sekiranya seorang warganegara asing perlulah membawa bersama Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan, anggota-anggota kerajaan -hendaklah membawa kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
Sebelum kehadiran ke Mahkamah, tarikh dan masa perlulah dipastikan terlebih dahulu. Sekiranya keterangan adalah melalui dokumen, maka, dokumen perlulah disediakan untuk dibawa ke Mahkamah. Perjalanan perlulah dirancang sebaiknya bagi mengelakkan sebarang isu kelewatan atau ketidakhadiran.
Peranan atau tanggungjawab saksi adalah bagi tujuan memberikan keterangan berkaitan suatu fakta yang diketahui olehnya. Bagi saksi sapina pula, kehadiran adalah diwajibkan apabila Mahkamah telah menyerahkan sapina terhadapnya. Kegagalan hadir ke Mahkamah membolehkan suatu waran tangkap dikeluarkan terhadap saksi tersebut. Tujuan kehadiran ke Mahkamah adalah sama ada mengemukakan keterangan secara lisan atau melalui dokumen berkaitan suatu fakta.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►