Friday, July 29, 2022

[1213.22] PENGUATKUASAAN KERAJAAN TERHADAP KAWASAN LARANGAN MEROKOK PADA 01 JANUARI 2020


Pihak kerajaan telah melancarkan penguatkuasaan penuh ke atas larangan merokok di tempat makan terbuka dan 22 kawasan awam yang lain merujuk kepada Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 yang berkuat kuasa penuh mulai 1 Januari 2020. Penguatkuasaan menyeluruh ini adalah disebabkan oleh mengurangkan pencemaran asap rokok di tempat seperti restoran, meningkatkan rasa kepedulian antara satu sama lain dan menegaskan tentang bahaya asap rokok pada kesihatan manusia.
Senarai kawasan larangan merokok yang terkini dan telah berkuat kuasa semenjak 1 Januari 2020 adalah Taman Awam, Kawasan Keagamaan, Taman Asuhan Kanak-kanak, Kawasan Premis Kerajaan, Kawasan-kawasan tertentu di Taman Negara & Taman Negeri, Lapangan Terbang, Pusat Hiburan atau Teater - kecuali Pub, Disko, Kelab Malam & Kasino, Hospital dan Klinik, Lif atau Tandas Awam, Kenderaan Awam dan Hentian Pengangkutan Awam, Kawasan Berhawa Dingin, Bas Sekolah, Kafe Internet, Perpustakaan, Kawasan Latihan Khidmat Negara, Stesen Minyak, Kawasan bagi Aktiviti Perhimpunan Tertutup - selain di dalam Bangunan Kediaman, Kompleks Sukan, Pusat Kecergasan atau Gymnasium, Institusi Pendidikan atau Institusi Pendidikan Tinggi, Kaunter Perkhidmatan di Dalam Bangunan, Kompleks Membeli Belah, Tempat Mainan Kanak-kanak dan Taman Permainan dan Tempat Makan Terbuka.
Bagi larangan merokok di tempat makan terbuka dan merujuk garis panduan yang diwartakan oleh KKM, kawasan larangan tersebut merangkumi jarak tiga meter atau 10 kaki radius dari meja makan atau kawasan premis makan.
Jika mana-mana orang didapati melakukan kesalahan tersebut, kompaun yang tinggi telah ditetapkan terhadap individu pelaku mahupun tuan premis yang gagal mematuhi undang-undang larangan merokok tersebut. Jika sabit kesalahan dan didapati bersalah, boleh dikenakan saman sebanyak RM250 hingga RM350 terhadap pelaku mahupun tuan premis.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►