Sudah berkali-kali kita mendengar kes-kes pembedahan kecantikan (kosmetik) yang gagal di negara ini. Ada perbezaan antara pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik.
Pembedahan plastik bermaksud pembedahan khusus untuk pembinaan semula kecacatan muka, luka terbakar dan penyakit.
Pembedahan plastik bertujuan untuk membetulkan semula bahagian-bahagian disfungsi badan.
Manakala pembedahan kosmetik memberi tumpuan kepada peningkatan penampilan dan kecantikan. Prosedur, teknik, dan prinsip pembedahan kosmetik memberi tumpuan sepenuhnya kepada peningkatan penampilan dan untuk menarik perhatian.
Oleh kerana prosedur pembedahan kosmetik tidak dijalankan di premis perubatan, ia tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
Memandangkan sekarang pengguna begitu ghairah untuk kelihatan cantik, ramai yang mungkin tidak berfikir dua kali untuk menghabiskan ribuan ringgit atau menjalani pembedahan untuk mencantikkan lagi rupa paras atau tubuh mereka. Wang yang dibelanjakan ke atas pembedahan kosmetik seumpamanya di seluruh dunia mungkin melebihi bajet sebahagian negara membangun di mana ada yang mati kebuluran atau sukar untuk meneruskan kehidupan.
Melihat kepada keadaan di atas, semakin ramai penduduk terutama wanita muda menjadi mangsa pusat kecantikan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada keinginan dan rasa kurang yakin dengan penampilan diri.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
016-9647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..