Monday, May 9, 2022

[1192.22] KESALAHAN LALULINTAS


Kalau anda memang jenis yang selalu memandu, anda mesti pernah kena saman, walaupun sekali. Saman tu boleh jadi sebab tak letak kupon parking, parking bertindih, ataupun kerana menggunakan telefon masa memandu.
Majlis tempatan macam DBKL sebenarnya ada kuasa untuk keluarkan saman berkaitan dengan isu parkir dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Contohnya macam, parkir di tempat yang salah, parkir dalam petak kuning di masa yang salah dan kegagalan memaparkan kupon parkir. Pegawai DBKL ada kuasa untuk kompaun sesiapa yang lakukan kesalahan ni, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 120 (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Seseorang pegawai pihak berkuasa yang berkenaan yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan boleh mengikut budi bicaranya mengompaunkan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini...”
Manakala, JPJ pula bertanggungjawab untuk saman korang berkaitan dengan isu pendaftaran, lesen memandu dan kelakuan yang memberi kesan kepada pemandu lain. Contohnya seperti – korang tinggalkan kereta tanpa matikan enjin, memandu di laluan bas, atau gunakan font/saiz plat kereta yang salah.
Yang terbaiknya, selesaikanlah saman anda awal-awal, sebabnya kerajaan pun cuma laksanakan denda minimum untuk saman yang tak dibayar. Jadi akhirnya, kalau anda nak berjimat dan elakkan bayar saman sehingga beribu ringgit, mungkin yang terbaik bayarlah saman anda lebih awal untuk mengelakkan kesulitan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
016-9647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►