Friday, March 25, 2022

[1135.22] RUJUKAN KES BAGI PENGURANGAN AMAUN ATAU JUMLAH JAMIN DI MAHKAMAH


Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan bahawa bagi kes-kes yang tidak boleh dijamin, Mahkamah dengan menggunakan kuasa budi bicaranya, boleh memberikan jamin dan menetapkan suatu jumlah / amaun jamin bagi memastikan kehadiran Tertuduh di Mahkamah sepanjang proses Sebutan, terutama sekali semasa di peringkat Bicara.
Telah dinyatakan di dalam kes MOHD FADZLY YUSUF @ MAT NOR lwn. PP [2009] 6 MLRH 476, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah, jika jumlah besar jaminan di kurangkan, adakah kemungkinan besar, Pemohon melarikan diri daripada perbicaraan Mahkamah nanti. Di dalam kes MUSLIM AB KARIM & SATU LAGI lwn. PENDAKWA RAYA [2017] MLRHU 1066, Mahkamah menyatakan bahawa tujuan jaminan bukan untuk menghukum tetapi memastikan kehadiran ke Mahkamah.
Kes MANICKAM & ORS. PUBLIC PROSECUTOR [1981] 1 MLRH 204 pula, Mahkamah memutuskan bahawa jumlah atau amaun jamin mestilah dalam satu jumlah yang munasabah dan tidak membebankan atau terlampau tinggi kerana amaun jamin yang tinggi akan bercanggah dengan prinsip jamin seterusnya menyukarkan Tertuduh dalam mencari penjamin yang berkemampuan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►