Wednesday, March 30, 2022

[1136.22] PROSEDUR MEDIASI SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)


Pihak-pihak yang terlibat perlulah terlebih dahulu mengisi borang persetujuan mediasi yang boleh didapati di laman web mahkamah yang berkenaan dan e-mel permohonan kepada Pusat Mediasi berkaitan. Seorang ‘Mediator’ akan dilantik dan akan menghubungi pihak-pihak melalui e-mel/telefon. Pihak-pihak seterusnya perlulah menyediakan nombor kes di Mahkamah Bicara, fakta kes, tarikh dan masa lapang pihak-pihak, nama, nombor telefon dan e-mel pihak-pihak serta Peguam-Peguam yang terlibat, dan dihantar secara emel ke Pusat Mediasi. Wakil yang dilantik hendaklah mempunyai mandat untuk membuat keputusan.
Mediator akan mengaturkan sesi perbincangan menggunakan “mode video call” yang telah dipersetujui sama ada Skype atau Zoom. Kesemua pihak perlu memastikan talian internet stabil sepanjang sesi dan sebarang rakaman sepanjang sesi mediasi tidak dibenarkan. Sesi mediasi akan dimulakan dengan Peguam dan sesi seterusnya bersama pihak-pihak sama ada secara bersama/berasingan, mengikut persetujuan semua pihak. Bagi sesi berasingan, Mediator akan membuka (2) “chat room” berbeza untuk setiap pihak. Menggunakan medium “chat” jika terdapat masalah teknikal terhadap video ataupun audio.
Bagi kes yang berjaya diselesaikan, Peguam hendaklah menghantar draf perintah yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Peguam/pihak-pihak melalui e-mel kepada Mahkamah Bicara untuk mendapatkan tarikh bagi merekodkan Perintah Persetujuan. Kemudian, draf perintah perlulah dihantar ke Pusat Mediasi sebagai makluman. Bagi kes yang gagal mencapai penyelesaian akan dihantar semula kepada Mahkamah Bicara.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►