Thursday, February 24, 2022

[1097.22] KADAR NAFKAH YANG MUNASABAH DAN MENCUKUP MENURUT ISLAM DAN DARIPADA SKOP UNDANG-UNDANG


Islam telah menetapkan bahawa kadar nafkah mestilah berdasarkan kepada kadar kifayah (mencukupi) dan ma’aruf (baik). Tidak ada satu dalil atau nas Quran atau hadis yang menentukan kadar tetap nafkah seorang suami terhadap isterinya. Ini bukanlah satu kekurangan atau kelemahan Islam. Sebaliknya kelonggaran ini diberikan kerana setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza. Para Ulama mempunyai pendapat yang berbeza-beza berkenaan kadar nafkah yang perlu. Namun, secara umumnya dapatlah difahami bahawa nafkah mestilah mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.
Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Selangor 2003 di bawah Seksyen 62 memperuntukkan, dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak dengan mengira kadar nafkah itu dibandingkan dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat. Maka, disimpulkan bahawa Mahkamah mestilah mengambil kira kemampuan dan keperluan pihak-pihak dan pendapatan pemberi nafkah dalam menentukan kadar nafkah yang perlu dibayar.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►