Monday, November 29, 2021

[1045.21] PRINSIP KESELURUHAN


Prinsip keseluruhan (Totality Principle) adalah keadaan di mana mahkamah akan melihat keseluruhan jumlah hukuman penjara yang dikenakan dan secara keseluruhan samada ianya adalah terlalu melampau dan membebankan dan "crushing" terhadap seseorang tertuduh.
Jika sekiranya himpunan hukuman tersebut adalah terlalu melampau (excessive), mahkamah akan perintahkan satu atau dua hukuman itu berjalan serentak. Prinsip keseluruhan ini telah digunapakai di Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 MLRA 176; [1975] 2 MLJ 134. Tertuduh di dalam kes itu telah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap pertuduhan pertama iaitu percubaan melakukan pembunuhan dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis, satu kesalahan di bawah s 307 Kanun Keseksaan dan 2 pertuduhan memiliki senjata api dan peluru, satu kesalahan dibawah s 3 Akta Senjata Api 1960 di mana tertuduh dijatuhkan hukuman 4 tahun setiap satu.
Keseluruhan hukuman yang dikenakan adalah 18 tahun penjara untuk berjalan berturut-turut. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hukuman 18 tahun penjara berturut-turut tersebut adalah melampau dan terlalu eksessif (excessive) dan "harsh". Seterusnya Mahkamah Persekutuan mengarahkan pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak memandangkan kedua-duanya adalah kesalahan yang serupa (sama jenis), dan berlaku di dalam satu transaksi yang sama, menjadikan hukuman yang dikenakan adalah 14 tahun penjara sahaja.
Di dalam kes Faizan Adli Bukhari Lwn. Pendakwa Raya [2018] Mlrhu 928, keseluruhan hukuman yang dijatuhkan secara kumalatif adalah sebanyak 48 tahun dan 7 sebatan. Tertuduh yang kini berumur 38 tahun akan hanya keluar dari penjara ketika umurnya 84 tahun. Ini adalah "excessive" dan campur tangan mahkamah rayuan adalah diperlukan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►