Ciri-ciri utama yang diberi perhatian oleh Mahkamah adalah kepada mana-mana #penjaga berupaya mendidik seseorang kanak-kanak, menepati syarat seorang Islam, sempurna akal, berumur yang melayakkan memberikan kasih sayang (tidak terlalu muda), berperibadi dan berkelakuan dengan akhlak Islam dan tinggal di tempat yang tidak membolehkan kanak-kanak terpengaruh dengan perkara buruk daripada segi akhlak atau jasmani.
Mengapa syarat umur tidak terlalu muda diberikan perhatian?
Kerana bimbang penjaga tidak dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. (hal ini tidaklah konklusif kerana ia masih boleh dipertikaikan di #Mahkamah)
Bagaimana hendak ukur kelakuan seorang penjaga itu sebagai baik atau tidak untuk menjadi penjaga kepada kanak-kanak?
Mempunyai kelakuan yang bersesuaian dan baik daripada segi #akhlak Islam kerana bimbang akan kemaslahatan hak kanak-kanak di bawah jagaannya itu dalam tempoh jagaan yang telah diberikan. Kes Carol Abdullah lwn Shahrudin Hj. Yasin (Case no. 23/86, Seremban Syariah Court), Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan pemohon dan berpendapat Australia tidak mempunyai suasana yang membolehkan kanak-kanak membesar menjadi seorang Islam yang baik.
Apakah faktor lain yang dipertimbangkan oleh Mahkamah?
Tahap keselesaan anak tersebut juga dititikberatkan kerana ia memberikan represenatasi terhadap kepercayaan oleh Mahkamah sebagai #penjaga
Izatul Nabila
+60109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..