Thursday, December 9, 2021

[1046.21] SYARIAH - GOLONGAN YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH


Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-
a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau
b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian bagi golongan yang tidak berpuasa. Bagi golongan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie (musafir, haid, nifas atau wiladah), sakit yang ada harapan sembuh, mereka wajib menggantikan semula puasa tersebut. Sekiranya datang Ramadhan berikutnya dia tidak menggantikan puasa tersebut, dia wajib Qada’ puasa dan bayar fidyah.
Manakala orang yang sakit dan tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doctor tidak boleh puasa, golongan ini tidak wajib qada’ puasa tetapi wajib membayar fidyah.
Sekiranya orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasa, tanggungjawab membayar fidyah wajib dilaksanakan oleh waris-waris si mati mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Nur Zahirah Bahari
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►