Monday, November 29, 2021

[1042.21] ADAKAH PEMBELAAN TERHADAP ILMU SIHIR TELAH WUJUD?


Ilmu sihir adalah ilmu hitam yang melibatkan entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini berbeza dengan pendakwaan dan pembuktian bagi kesalahan lain seperti berjudi atau minum arak yang mana pelaku dan barang-barang keterangan yang digunakan untuk melakukan jenayah seperti kertas judi dan botol arak boleh dilihat dengan mata kasar.
Setakat hari ini masih tiada mana-mana pendakwaan dilakukan terhadap pengamal ilmu sihir. Malahan, pembuktian dan keterangan bagi jenayah sihir juga masih di peringkat kajian kerana melibatkan keadaan yang rumit seperti tatacara siasatan dan pendakwaan yang masih belum wujud.
Walau bagaimanapun, banyak kita lihat amalan sihir digunakan sebagai cara untuk melakukan jenayah contohnya rogol bagi memenuhi tuntutan ilmu hitamnya, maka, ia akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Begitu juga pengamal ilmu hitam yang menggunakan ilmu santau untuk membunuh, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagi sesetengah pengamal ilmu hitam menggunakan ilmu pukau dan menjampi orang tengah untuk melakukan jenayah, pelaku boleh menimbulkan pembelaan hilang akal di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pensabitan pertuduhan.
Contohnya dalam kes pembunuhan kontroversi Datuk Mohamad Mazlan, Juraimi Husin yang merupakan pembantu kepada Maznah @ Mona Fandey telah menimbulkan pembelaan hilang akal apabila beliau menyatakan bahawa beliau tidak menyedari perbuatan jenayah tersebut kerana telah dijampi oleh Mona Fandey dan hanya kembali normal setelah Affandi menepuk bahunya semasa di balai polis.
Nota: Gambar sekadar hiasan
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►