Hadhanah berperanan bagi menyusun tanggungjawab berkaitan penjagaan pemeliharaan pendidikan anak-anak yang masih kecil dan kemaslahatan mereka serta mengelak berlakunya pengabaian terhadap anak-anak tersebut, demi menjamin masa depan setelah berlakunya perpisahan di antara pihak-pihak.
Ibu atau ayah lebih berhak?
Ibu yang paling berhak bagi hak jagaan anak yang masih kecil. Sebab adalah kerana bu merupakan individu yang terdekat dengan anak tersebut, lebih kasih sayangnya, sabar dan lebih berpengalaman dalam menguruskan anak kecil.
Namun, Ia tidak konklusif kerana perkara ini boleh dibicarakan dengan lebih lanjut di Mahkamah jika terdapat situasi-situasi yang mengecualikan ibu atau ibu hilang kelayakan sebagai penjaga dengan syarat ia mestilah dibuktikan di Mahkamah.
Tetapi, jika kebajikan anak terabai di bawah jagaan ibu?
Jika berlaku pertembungan dalam kepentingan dan kebajikan anak-anak semasa pertikaian hadhanah, maka, kebajikan anak tersebut mestilah diberikan keutamaan. Kepentingan anak seperti kebajikan anak-anak juga akan diambil kira oleh Mahkamah dalam menentukan hak jagaan diberikan kepada siapa.
Rujukan:
- Surah al-Baqarah, ayat 233.
- Seksyen 82(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
- Kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aishah JH [1401H] 147, Mahkamah memutuskan hak anak adalah lebih besar daripada hak orang yang berhak untuk mendapatkan hadhanah.
Izatul Nabila
+60109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..