Tuesday, November 23, 2021

[1040.21] BOLEHKAH HUKUMAN TERHADAP TERTUDUH DIJALANKAN SERENTAK APABILA MELIBATKAN 2 ATAU LEBIH KESALAHAN JENAYAH YANG DILAKUKAN?


Mahkamah mempunyai budibicara untuk memutuskan bilakah tempoh seseorang memulakan hukuman. Ini semua bergantung kepada fakta kes masing-masing. Di dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah boleh menggunakan prinsip "satu traksaksi" (one transaction principle) atau prinsip keseluruhan (totallity principle).
Prinsip satu transaksi terpakai apabila 2 atau lebih kesalahan/jenayah dilakukan di dalam satu transaksi yang sama. Di dalam keadaan ini, hukuman perlu berjalan serentak (concurrent). Prinsip satu transaksi telah dijelaskan di dalam banyak kes antaranya, Amrita Lal Hazra v. Emperor 142 cal 957). Bagi prinsip ini, 4 elemen perlu ada iaitu kedekatan masa, kedudukan tempat, kesinambungan tujuan atau "design".
Di dalam kes Annanthan Subramaniam v. PP [2006] 4 MLRH 210; [2007] 8 CLJ 1, Perayu mengaku bersalah di bawah s 376 Kanun Keseksaan (merogol) dan dengan sengaja melakukan cedera parah terhadap mangsa yang sama, satu kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan. Apabila dirayu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan tertuduh dimana hukuman dibenarkan berjalan serentak kerana adalah nyata bahawa wujudnya elemen "satu kejadian yang berterusan" dimana ianya dilakukan di tempat yang sama, waktu yang sama dan mangsa yang sama.
Nota: gambar sekadar hiasan
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►