Tuesday, November 23, 2021

[1039.21] SYARAT DOMISIL/MASTAUTIN BAGI CERAI


Salah satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang boleh memfailkan petisyen perceraian adalah kedua-dua pihak hendaklah bemastautin di Malaysia. Bagaimana pula keadaan di mana suami adalah bukan warganegara dan telah lari (deserted) atau telah dihantar pulang ke negara asalnya (deported) meninggalkan si isteri?
S.49 Akta memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah untuk mendengar permohonan perceraian daripada seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami yang bukan warganegara di mana si suami dan isteri telah bermastautin di Malaysia tidak kurang dari 2 tahun sebelum permohonan di failkan.
Seksyen ini bukan sahaja terpakai kepada suami warga asing atau bukan warganegara, malah kepada suami yang dihukum buang negeri (banishment) dan diusir (expulsion) berdasarkan mana-mana undang-undang bertulis di dalam negara.
Nota: Gambar Sekadar Hiasan
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►