Sunday, July 4, 2021

[909.21] PERKONGSIAN PERNIAGAAN DAN LIABILITI


"Kalau rakan kongsi kita menghilangkan diri dengan meninggalkan hutang bersama dengan premis kedai, premis dan SSM nama saya dan nama dia, tapi tuan kedai buat macam nama saya seorang je. Hari2 saya ditekan untuk selesaikan hutang tersebut, apa yang perlu lakukan?"

Jika hutang tersebut adalah hutang perniagaan, maka keduanya bertanggungjawab untuk membayar hutang. 

Jika sewaan premis adalah atas nama anda, maka Tuan Punya premis berhak untuk menuntut atas anda seorang kerana ia tidak melibatkan kontrak dengan perniagaan anda.

Jika anda disaman dan dituntut atas hutang perniagaan tetapi kontrak adalah atas nama anda seorang, maka anda boleh membawa tindakan Prosiding Pihak Ketiga terhadap rakan kongsi anda, tetapi beban untuk membuktikan bahawa ia digunakan untuk perniagaan adalah dibebankan ke atas anda.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►