Kebiasaannya, kaveat dimasukkan sebagai sekatan untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu ke atas hartanah. Ianya akan menghalang pemilik hartanah daripada meneruskan apa-apa tindakan yang akan menggugat kepentingan pihak-pihak tertentu tersebut.
Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu, pemilik hartanah tersebut boleh untuk membuat permohonan di bawah Seksyen 327(1) Kanun Tanah Negara untuk membatalkan kaveat persendirian tersebut. Ianya adalah melalui kaedah permohonan di Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kes Luggage Distributors (M) Sdn Bhd v. Tan Hor Teng & Anor [1995] 3 CLJ 520, terdapat 3 peringkat penilaian bagi permohonan ini iaitu:
1. The examination of the grounds expressed in the application for the caveat to ascertain whether the caveator’s claim amounts in law to a caveatable interest;
2. Whether based on the affidavits filed, the claim discloses a serious question meriting trial; and
3. To ascertain where the balance of justice or convenience lie.
Rujukan turut dibuat berdasarkan kepada kes Chong Miaw Lee v. Chong Khim Choi [2004] 6 MLJ 288 yang mana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa:
It is for this reason that the courts require that a caveator must not only show that his caveat raises a serious question to be tried, but also that proceedings have been brough and prosecuted timeously by him.
@Keyron Nisa
+60109647961
Subang Jaya 07/2021
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..