Sunday, July 4, 2021

[902.21] SAMADA SEKSYEN 309 KANUN KESEKSAAN (BUNUH DIRI) MASIH RELEVAN?


Seksyen 309 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sesiapa yang melakukan cubaan untuk membunuh diri hendaklah dihukum dengan penjara sehingga satu tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. 

Terdapat pertikaian sama ada seksyen ini masih relevan untuk digunapakai dalam keadaan kita perlu untuk menghargai keperluan dan tahap kesihatan mental seseorang. Sejak akhir-akhir ini, telah terdapat banyak cubaan untuk membunuh diri dan antara punca dan sebab ianya dilakukan adalah berikutan tekanan hidup yang semakin mendesak. 

Telah terdapat pelbagai kajian dan artikel serta desakan untuk menggubal semula peruntukan ini. Hal ini demikian kerana, umum dan pakar berpendapat bahawa hukuman ini tidak akan memberikan impak positif kepada si pelaku. Adakah relevan untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mampu untuk menghadapi tekanan hidup yang teruk, wajar untuk diklasifikasi sebagai penjenayah?

Dalam keadaan mengalami tekanan hidup dan tidak mempunyai jalan penyelesaian, pelaku memilih pendekatan untuk membunuh diri, tindakan tersebut berjaya dihalang dan kemudiannya dituduh pula di Mahkamah. Bukankah ianya akan lebih memberikan tekanan kepada si pelaku? 

Hukuman pemenjaraan mahupun denda sebagai usaha untuk mengawal dan mengurangkan cubaan membunuh diri perlu untuk dikaji semula selaras dengan perubahan keadaan semasa. 

@Khairunnisa Kasa 
Putrajaya
+60109647961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►