Sunday, July 4, 2021

[903.21] RAYUAN TERHADAP PENGAKUAN SALAH SETELAH DISABITKAN



Seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) memberikan hak kepada OKT yang mengaku salah untuk membuat rayuan atas hukuman berkenaan. Rayuan hanya dihadkan kepada berat hukuman atau terhadap keesahan hukuman yang dikenakan.

Dalam kes Low Hiong Boon v. PP [1949] 1 MLRA 431 perayu seorang jururawat yang bertugas ketika kejadian, dituduh di bawah kesalahan s 304A atas kecuaian jenayah kerana membiarkan ibu kanak-kanak memberikan ubat oleum chinnapodium secara yang berlebihan (overdose) ke atas kanak-kanak yang berumur 10 bulan yang menyebabkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia. Perayu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan dihukum 5 bulan penjara. Perayu membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi atas sabitan dan hukuman. 

Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan bahawa oleh kerana perayu telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan salahnya, maka rayuan perayu tidak boleh dibuat terhadap sabitan seperti yang diperuntukkan di bawah s 305 Kanun Tatacara Jenayah.  

Walau bagaimanapun, di dalam kes Shaiful Azmi Sabri Lwn Pendakwa Raya [2020] MLRAU 223, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Perayu bagi pengakuan salah tersebut:-

Banyak perkara-perkara yang cacat dalam penerimaan pengakuan bersalah Perayu oleh Hakim Sesyen. Maka yang demikian, pengakuan bersalah oleh Perayu tidak boleh disifatkan sebagai telah diberikan tanpa apa-apa syarat (unequivocal). Hakim Sesyen dalam menerima pengakuan bersalah Perayu telah gagal mematuhi 'strict requirements' s 173 Kanun Tatacara Jenayah yang menyebabkan berlakunya satu ketidakadilan (occasioning a miscarriage of justice). Kami bersetuju dan menerima pakai prinsip yang diputuskan dalam kes Hajar bte Ishak v. Pendakwa Raya (supra), Ooi Lean Chai v. Public Prosecutor (supra) dan ujian yang dinyatakan dalam kes Ganesan s/o Kannan [1996] 3 SLR 560. Di atas kecacatan yang terdapat terhadap penerimaan pengakuan bersalah Perayu, kami mendapati sabitan terhadap Perayu adalah tidak selamat.  

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Shah Alam 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►