Thursday, July 1, 2021

[901.21] WASIAT DAN PUSAKA FARAIDH


"Ayah baru meninggal dunia dan arwah mempunyai peninggalan harta dan tanah. Meninggalkan wasiat untuk diserahkan pada orang tertentu. Jika adanya wasiat tersebut, adakah terlepas darinya sistem faraidh? Atau boleh dan memang kena melalui sistem faraidh untuk pembahagian harta itu?"

Wasiat tidak akan mengikat muslim kecuali beberapa perkara menurut jumlah harta yang diwasiat dan persetujuan waris. 

Manakala jika wasiat itu diberikan berkaitan hutang, maka ia perlu diselesaikan dahulu baru dibahagikan menurut faraidh.

Jika waris bersetuju, maka wasiat itu boleh dilaksanakan. Pendeknya, wasiat adalah suatu yang boleh dipertikaikan di dalam permbahagian harta pusaka Muslim.

Anda patut pertimbangkan untuk hibah. Sentiasa ada cara untuk halalkan idea.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►