Tuesday, June 29, 2021

[880.21] LOCUS STANDI


"Apa itu Locus Standi?"

Untuk memulakan apa-apa tindakan perundangan, seseorang individu/kumpulan/syarikat haruslah mempunyai hak/kuasa/kapasiti untuk memulakan tindakan tersebut.

Contoh mudah dapat dilihat melalui kontrak yang dimasuki oleh pihak-pihak yang mana pihak-pihak yang berkontrak sahaja yang mempunyai kapasiti untuk memulakan tindakan perundangan antara satu sama lain. 

Justeru, sebelum memulakan apa-apa tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak lain, perkara pertama yang perlu dinilai adalah sama ada wujudnya locus standi untuk memulakan tindakan perundangan tersebut. Sekiranya tiada locus standi, maka ianya tidak boleh untuk dimulakan. 

Dalam erti kata lain, suatu pihak hendaklah mempunyai kepentingan untuk memulakan tindakan perundangan.

Khairunnisa Kasa 
+6010-9647961
Kedah 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►