Tuesday, June 29, 2021

[881.21] ASAS TENTANG KEBANKRAPAN


Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah diperakukan oleh KPI.

Setelah diperintahkan bankrap, anda hendaklah hadir ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang mentadbir kes kebankrapan anda dengan kadar segera. Cawangan yang mentadbir kes kebankrapan merupakan cawangan di negeri yang mana perintah kebankrapan dikenakan kepada anda. Anda diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dan mendedahkan segala maklumat berkaitan pendapatan kepada Pegawai Insolvensi. Pegawai kami akan membantu anda dalam pengisian borang-borang yang berkaitan.

Setelah diberikan Perintah Kebankrapan, bankrap hilang kelayakan daripada:
(a) memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri;
(b) memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan);
(c) memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
(d) mengamalkan profesion tertentu;
(e) menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat;
(f) bekerja dalam perniagaan saudara;
(g) memulakan atau mengekalkan apa-apa tindakan mahkamah tanpa sanksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;
(h) meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran KPI atau mahkamah;
(i) apa-apa wang atau ganjaran yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada KPI untuk dibahagikan kepada pemiutang (tertakluk kepada budi bicara KPI); dan
(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu.

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Bandar Saujana Putra 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►