Thursday, May 6, 2021

[845.21] APA MAKSUD KOMPAUN


Kompaun adalah satu tawaran denda/saman kepada pihak berkaitan. Ia memerlukan persetujuan antara 2 pihak. Biasanya pihak yang menawarkan adalah pihak yang perlu bersetuju kepada harga kompaun.
Contohnya; anda kena saman (sensitif sikit musim ni), maka anda ditawarkan membayar kompaun pada kadar tertentu dalam masa tertentu. Jika gagal, anda perlu hadir ke Mahkamah dan jika anda mengaku bersalah atau didapati bersalah, maka mahkamah akan tetapkan satu hukuman denda pada kadar yang diberikan kuasa kepadanya.
Ada juga kesalahan yang memberikan kuasa kompaun kepada pihak lawan/mangsa. Contohnya kes seksyen 323 Kanun Keseksaan. Ia satu kesalahan jenayah tetapi ia satu kesalahan boleh kompaun yang memberikan hak budibicara kepada mangsa untuk menerimanya. sekaligus menyelesaikan kes.
Kompaun adalah satu jalan alternatif bagi menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera.
Bagi kes kompaun, ia bukan bersifat kes jenayah dan lebih kepada saman. Maka mahkamah berhak untuk melepaskan Orang Kena Saman tanpa jaminan.



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►