Friday, April 30, 2021

[844.21] TUJUAN JAMINAN MAHKAMAH

 "Kenapa jaminan dia tak sepadan dengan duit dia ada, dia kaya"

Jaminan adalah ditawarkan kepada OKT bagi membolehkan dia keluar sehingga kes dilupuskan. Jaminan adalah hak kepada OKT bagi kes boleh jamin. Manakala bagi kes tidak boleh jaminan (non bailable), Mahkamah mempunyai kuasa budibicara di bawah seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.
Jaminan diberikan dan amaun jaminan serta syarat tambahan diberikan kepada OKT bagi memastikan kehadiran sahaja. Sekiranya satu jaminan rendah boleh memastikan kehadiran ke mahkamah dan menjamin mematuhi syarat-syarat tambahan, maka wajar diberikan jaminan rendah.
Apa kesalahannya adalah tidak menjadi isu kepada amaun jaminan kecuali kesalahan itu memberikan ruang kemungkinan OKT melarikan diri, maka wajar amaun itu ditinggikan bagi memastikan kehadirannya.
Selagi mana Mahkamah percaya bahawa beliau akan hadir ke Mahkamah dan tidak melarikan diri, jaminan adalah hak kepadanya dengan Mahkamah melaksanakan budibicaranya dalam masa yang sama. Selain menjimat kos penahanan, OKT boleh meneruskan hidup dan menyediakan kesnya dengan lebih baik sekaligus membantu mahkamah dalam melupuskan kesnya.
Ini juga bersesuaian dengan prinsip keadilan "Tidak bersalah sehingga dibuktikan"
Semoga bermanfaat.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►