Wednesday, October 14, 2020

[691.20] TUKAR GARI / ROAD SHOW / PENAHANAN SEMULA / PENAHANAN SEMENTARA


"Macamana SPRM buat kerja, mamat tu boleh panjat pagar lari daripada tahanan"
Pertama, SPRM tiada bidangkuasa kepada Macau Scammer tu kerana pada hari tersebut SPRM telah bebaskan beliau dengan jaminan. Maka beliau boleh berjalan bebas di luar.
Kedua, Beliau lari sebab mengelakkan ditahan PDRM yang sedang menunggu di luar bidangkuasa SPRM. Ini disebut tukar gari atau roadshow. Mungkin kerana bidangkuasa berlainan atau SPRM bertindak profesional, maka PDRM tidak dibenarkan ambil tahanan (masa itu) semasa dalam premis SPRM.
Ketiga, beliau belum ditahan. Maka beliau hanya individu yang dicari bagi membantu siasatan sahaja. Perkataan "tahanan" yang melarikan diri atau dicari adalah salah dan perlu diperbetulkan media bagi mendidik netizen.
Tukar gari / road show / tahanan semula adalah satu proses penahanan pihak yang sama di bawah bidangkuasa yang berlainan disebabkan tahanan reman dibatalkan/luput atau meneruskan siasatan di dalam bidangkuasa yang lain. Biasanya kes melibatkan penipuan dan rompakan akan berlaku hal sebegini.
Antara contoh bagi pemahaman mengenai Tukar gari / road show / tahanan semula lebih kurang macam ini;
Pertama - AhChong ditangkap dan direman bagi satu kes rompakan di IPD Gombak. Setelah tahanan remannya tamat, pihak penyiasat daripada IPD Ampang telah hadir dan membuat tangkapan terhadap AhChong bagi kes rompakan di Ampang dan reman telah dibuat bagi kes berkenaan. Reman adalah melebihi 14 hari dihadapi AhChong tetapi teknikalnya masih sah di bawah seksyen 117 KAJ kerana melibatkan report /FIR yang berbeza dan juga bidangkuasa berbeza.
Kedua - Maniam ditangkap dan direman bagi satu kes penipuan judi online di IPD Kajang. Setelah tahanan remannya tamat, pihak PDRM masih tidak membuat pendakwaan dan memberikan jaminan polis. SPRM telah terus membuat tangkapan kepada Maniam atas sebab ada FIR berkenaan pegawai PBT dan PDRM terlibat dalam korupsi bersama aktiviti Maniam. SPRM pula akan membuat permohonan reman baru bagi kes dan FIR berbeza dan bidakuasa berbeza.
Ketiga - Jaka Sembung seorang warga Indonesia telah ditahan di bawah kes rogol dan telah dibebaskan oleh mahkamah atas kegagalan menimbulkan kes prima facie oleh pihak Pendakwaan. Pihak Imigresen Malaysia telah menahan semula Jaka Sembung bagi kesalahan imigresen yang tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk berjalan di Tanah Malaysia.
Keempat - Dinosaw Gurung warga Tibet telah ditahan dan didakwa di bawah pengedaran dadah yang membawa hukuman mati mandatori. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membebaskan beliau daripada pertuduhan tersebut kerana kegagalan pendakwaan membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah. PDRM telah menangkap semula Dinosaw Gurung di bawah permohonan Pendakwaraya bagi penahanan sementara di mana-mana pusat tahanan sehingga rayuan kes berkenaan dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.
Cukup la untuk pemahaman asas.
Mendidik lebih penting, bukan untuk jadi pandai tapi cukup untuk faham.
Nota: Gambar sekadar hiasan.
Mohd Hisham
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►