Friday, January 22, 2021

[777.21] RAYUAN TERUS KEPADA MAHKAMAH PERSEKUTUAN


Beberapa hari lalu kami update tentang ada anakguam dilepaskan daripada perintah tahanan LLPK dan ada juga dipinda daripada tahanan di Pusat Tahanan Simpang Renggam kepada satu perintah lain.
Kami terima satu panggilan telefon daripada 'bekas prospek klien' mengenai kes berkenaan ahli keluarganya yang mana pernah menghubungi kami semasa kesnya diperingkat pendengaran oleh Lembaga di pusat tahanan yang sama.
Kami dimaklumkan bahawa perintah tahanan kekal dan keputusan Pengerusi Lembaga adalah sama/ menolak rayuan representasinya. Seterusnya telah membuat permohonan semakan kehakiman melalui permohonan Habeas Corpus (ini ayat mereka). Berdasarkan penceritaan, satu Writ Habeas Corpus difailkan dan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Mereka menelefon untuk menanyakan pendapat saya tentang bagaimana untuk menang di Mahkamah Rayuan setelah Notis Rayuan di failkan. Jawapan saya buat mereka dan semua yang menghubungi bertanyakan soalan sama / lebih kurang, begini jawapan saya;
1. Rayuan adalah tertakluk kepada Kertas kausa, Nota Keterangan, Hujahan dan Penghakiman Mahkamah asal. Semua rayuan adalah berdasarkan itu sahaja tanpa ada tambahan kecuali isu perundangan tertentu;
Maka jika hendak bawa isu dan bukti baru melalui Notis Usul, boleh. Tetapi bukan suatu yang mudah untuk dibenarkan. Jadi apa jua rancangan, kata-kata dan bukti baru yang katanya ada tidak berguna diperingkat ini.
2. Jika Writ Habeas Corpus ditolak oleh Mahkamah Tinggi, Tahanan boleh terus membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan tanpa kebenaran (leave) dalam masa 30 hari menurut seksyen 374 KAJ.
Tidak timbul isu untuk memfailkan Notis Rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan memfailkan keperluan bagi kebiasaan pemfailan rayuan.
Khilaf dalam pemfailan boleh membuatkan Rayuan anda ditolak dan hilang kelayakan untuk rayuan semula atau rayuan di luar masa. Walaubagaimanapun, satu permohonan Notis Usul boleh dibuat bagi memfailkan Notis Rayuan di luar masa ke Mahkamah Persekutuan jika tersilap.
Cuma dalam kes ini, katanya Notis Rayuan dah difailkan lama melebih tempoh masa rayuan di bawah seksyen 374 KAJ.


 

2 komen:

Azhar salleh said...

Saya minta rayuan sekatan llpk di kuarangka

Azhar salleh said...

Saya mempunyai saman yang tak mampu membayar saman jpj dan trafik,saya minta pihak kdn,saya merayu sekatan saya tu dan lagi pun disini peluang perkerjaan amat sukar didapat...lagi pun saya mempunyai PENYAKIT JANTUNG YANG SERIUS, tanggung sya ramai 1)emak sya tua .2) mempunyai istri dan anak 3 org .bagaimana saya minta jasa baik tuan permudahkanla kehidupan sya bersama2 istri dan anak....pertimbangkan la rayuan sya ini pihak berkenaan

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►