Tuesday, January 26, 2021

[778.21] JAUHI SYUBHAH BILA ADA ALTERNATIF


Baik kopi luwak baik kopi berak gajah, kenapa tidak terus kepada kopinya. Petik daripada pokok dan proses menjadi kopi. Kenapa perlu tunggu melalui proses makan dan berak, kemudian ambil untuk dijadikan produk kopi.
Sudut halal haram, kopi luwak contohnya ada perbincangan dan fatwa harus dan halal di gunakan. Pernah hadir di kilang antara pengeluar utama kopi luwak semasa di Indonesia. Selain kopi, ada produk lain. Diberikan percuma pun tidak gamak hendak meminumnya.
Bab syubhah ini bukan itu sahaja, tapi isu baru-baru ini mengenai keuntungan perniagaan yang dibelanjakan di jalan agama lain menjadi isu.
Besar atau kecil belanja, dakyah tetap berlaku daripada pemunya perniagaan. Maka adil lah dalam berbelanja dan berkata-kata. Kita ada alternatif maka berbelanja lah ditempat yang menguntungkan kita jika kita berpandangan sebegitu.
Ini tidak, boikot 3 hari lepas tu beratur panjang nak makan produk yang syubhah. Nanti ada pelbagai dalil dalam mengharuskan tindakan kita.
Ini syarikat Malaysia, Muslim owned, bayar royalti sikit sahaja, tak terlibat dalam dakyah, anak Malaysia mencari rezeki dan pelbagai alasan dan dalil lain.
Dalam Islam, terutama bab makan minum, pertama perlu ambil dan beli daripada orang yang solat. Orang Muslim tak solat pun perlu dijauhi.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►