Tuesday, January 19, 2021

[768.21] TUN SALLEH ABAS MENINGGAL DUNIA


AL-FATIHAH |
Tun Salleh Abas Meninggal Dunia
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia, pada usia 92 tahun.
Tokoh perundangan negara itu meninggal dunia pada jam 3.20 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Kelmarin.
Mohamed Salleh yang juga Pengerusi As-Salihin Trustee Berhad menerima rawatan di hospital berkenaan selepas disahkan positif COVID-19.
Allahyarham berasal dari Kampung Raja, Besut memegang jawatan Ketua Hakim negara selama 4 tahun bermula 1984 hingga 1988.
Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih mewakili PAS memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.
Kredit: Buletin TV3


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►