Tuesday, January 19, 2021

[767.21] WARIS BOLEH GANTIKAN PERAYU DALAM RAYUAN SABITAN JENAYAH APABILA PERAYU MATI


Bagi seksyen 320 Kanun Acara Jenayah, satu rayuan sabitan jenayah boleh ditamatkan dengan kematian Perayu sebagaimana diputuskan oleh beberapa kes seperti - Ealumalai Mottayan lwn. Pendakwa Raya [2017]
Walaubagaimanapun, melalui peruntukan yang sama, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia kini menggariskan bahawa seksyen 320 tidak menghalang rayuan sabitan jenayah diteruskan oleh waris walaupun Perayu telah meninggal dunia.
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan dalam beberapa kes menggariskan bahawa adalah penting dalam rayuan berkenaan untuk menentukan bahawa terdapat khilaf atau sebaliknya di dalam pengendalian dan keputusan oleh Mahkamah Bicara atau bidangkuasa rayuan sebelumnya.
Rujuk juga:
Karpal Singh Ram Singh v. PP & Another Appeal (No 2) [2017]
Choo Cheng Liew (Representative Of The Estate of Sunny Yap Eu Leong, Deceased) v. Public Prosecutor [1996]
Dalip Bhagwan Singh v. Public Prosecutor [1997]
Subramaniam Murugan vs. PP [2020]
Shuib bin Abdul Samad @ Zainal v. Tan Sri Dato Seri Khalid bin Abu Bakar & Ors [2017]
Kenapa rayuan perlu diteruskan?
Untuk menentukan keputusan akhir samada perlu dicampuri oleh Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan mengenai sabitan atau sebaliknya.
Ini kerana keputusan rayuan yang menyebelahi perayu akan memberikan kesan kepada keluarga melalui tindakan disiplin, penggajian, pencen Perayu kelak.
Rujuk juga:
Akta Pencen 1980
Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993
Pendang, Kedah
Januari, 2021


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►