“Saya dah mintak penyewa keluar daripada rumah sewa, tetapi dia enggan keluar. Apakah tindakan yang patut saya lakukan?”
Ramai yang memberi pandangan dan cadangan untuk selesaikan masalah tersebut mengikut pengalaman masing-masing.
Ada yang mencadangkan buat report polis, potong bekalan elektrik dan air, tukar mangga pagar, tampal iklan rumah akan dijual, lantik kontraktor buat renovation rumah dan macam macam lagi. Cara-cara tersebut walaupun secara kebetulannya mungkin berkesan dalam sesetengah keadaan, tetapi ianya bukanlah jalan penyelesaian yang ditetapkan oleh undang undang.
Laporan polis misalnya bukanlah cara yang tepat untuk selesaikan masalah tunggakan sewa. Ini kerana urusan sewaan adalah transaksi kontrak antara owner dan penyewa.
Jadi, tindakan yang boleh diambil hanyalah melalui tindakan sivil. Melainkan wujudnya elemen jenayah dilakukan oleh penyewa tersebut terhadap owner seperti ada ugutan jenayah, atau cubaan mencederakan owner dan sebagainya.
Cara yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang adalah seperti berikut :
1) Lantik peguamcara.
2) Peguamcara akan hantar notis tuntutan tunggakan sewaan terhadap penyewa. Penyewa diberi masa 7 hari untuk menjelaskan bayaran sewaan yang tertunggak.
3) Jika penyewa masih enggan bayar tunggakan sewaan, peguam akan hantar notis penamatan sewaan dan notis pengosongan premis kepada penyewa.
4) Jika penyewa enggan mengosongkan premis sewaan, peguamcara akan failkan saman terhadap penyewa.
5) Setelah dapat penghakiman daripada Mahkamah, peguamcara akan failkan permohonan Writ of Distress.
6) Setelah perintah Writ of Distress diperolehi daripada Mahkamah, owner dan peguamcara akan pergi dengan bailiff (wakil mahkamah) diiringi dengan polis ke premis sewaan tersebut untuk mengarahkan penyewa mengosongkan premis tersebut.
Barang-barang milik penyewa akan disita dan dilelong oleh Mahkamah untuk menampung segala tunggakan sewa dan kos-kos yang berkaitan.
Maka, jika ingin selamat, gunakanlah pendekatan perundangan. Bukannya mengikut emosi dan kemarahan semata-mata.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..