Monday, December 21, 2020

[754.20] ANTARA KES BODY SHAMING YANG DIDAKWA DI MALAYSIA


Antara kes dan intipati boleh diambil sebagai panduan. Dalam kes Ong Eng Guan v. Public Prosecutor [1955] , iaitu:
"The point is not whether he annoyed the complainant, ... but whether ... he intended to annoy him ... ".
Prinsip yang diputuskan dalam kes PP v. Rutinin Suhaimin [2012] :
(i) elemen kedua dan ketiga dalam pertuduhan terhadap perayu ini hanya perlu dibuktikan secara inferens;
(ii) seksyen 233(1)(a) tiada memperuntukkan kehendak atau keperluan memanggil orang yang menjadi mangsa kepada komunikasi yang menyakitkan hati itu;
(iii) seksyen 233(1)(a) itu juga tidak menyebut bahawa orang yang mengatakan komunikasi tersebut menimbulkan sakit hati atau marah kepadanya mesti membuktikan keadaan marah atau sakit hatinya itu;
(iv) adalah memadai jika dibuktikan kepada mahkamah bahawa komunikasi itu mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kemarahan atau sakit hati kepada orang lain.
Seterusnya, di dalam kes Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin lwn. PP [2019] , Mahkamah berpuas hati bahawa komunikasi itu tidak boleh dianggap sebagai suatu bentuk parodi kerana ia gagal memenuhi erti kata "parodi" seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sepakat Efektif Sdn Bhd v. Menteri Dalam Negeri & Anor And Another Appeal [2014]
Justeru, mana-mana individu yang terkena body shaming boleh membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum merujuk kes kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).
Subang Jaya
[12/2020]



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►