Monday, September 7, 2020

[677.20] ANTI-HOPPING LAW AND ANTI-HOPPING CONTRACT


Sejak kebelakangan ini, umum banyak menyuarakan tentang kebimbangan ahli-ahli dewan melompat dari suatu parti #politik ke satu parti politik yang lain. Terdapat banyak penekanan dari umum untuk kerajaan mengusulkan satu usul bagi menghalang fenemona lompat parti dari berterusan. Oleh itu, adakah suatu undang-undang dapat diperkenalkan?
𝗔𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟭𝟬 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 menyediakan #hakasasi bagi menyertai dan menubuhkan persatuan tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, menurut kes 𝗡𝗼𝗿𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 𝘃 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 & 𝗔𝗻𝗼𝗿. (𝟭𝟵𝟵𝟯) 𝟭 𝗠𝗟𝗥𝗔 𝟰𝟲𝟳, kerajaan pusat atau #kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang kecil bagi menghalang seseorang dari melompat parti kerana undang-undang kecil tersebut akan menjadi tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan di mana 𝗔𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟰 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tanah iaitu undang-undang tertinggi di dalam hierarki. Sebarang undang-undang kecil yang tidak konsisten akan menjadikannya “void” dan “ultra vires”.
Selain itu, contoh lain di dalam kes 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗝𝘂𝘇𝗮𝗶𝗹𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 & 𝗢𝗿𝘀 𝘃 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲 𝗚𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗼𝗳 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 & 𝗢𝗿𝘀 di mana Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan Enakmen Syariah s.66 yang tidak membenarkan lelaki untuk berpakaian seperti wanita sebagai satu jenayah adalah tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan, Artikel 5, 8, 9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan dimana salah satunya menyatakan hak asasi manusia untuk kebebasan berekspresi iaitu enakmen tersebut menghalang Muhamad Juzaili dari bebas untuk berekspresi. Penghakiman Mahkamah mendapati enakmen syariah s.66 Negeri Sembilan sebagai ‘void’. [Cuba check juga rayuannya]
Walaubagaimanapun, seperti yang kita dapat lihat dalam situasi dimana Parti Keadilan Rakyat telah membuat kontrak dengan ahli-ahli nya iaitu jika ahli-ahli nya di dalam dewan yang melompat akan dikenakan tindakan mahkamah sebanyak RM10 juta kerana melanggar kontrak. Bagaimana ahli Parti Islam Semalaysia juga menetapkan pelanggaran sebagai jatuh talak dengan lafaz ikatan yang dibuat. Adakah prinsip ini sama seperti dalam kes Muhamad Juzaili dan Nordin Salleh?
Dalam kes 𝗕𝗲𝗮𝘁𝗿𝗶𝗰𝗲 𝗮𝘁 𝗙𝗲𝗿𝗻𝗮𝗻𝗱𝗲𝘇 𝘃 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 & 𝗔𝗻𝗼𝗿 (𝟮𝟬𝟬𝟱) 𝟭 𝗠𝗟𝗥𝗔 𝟯𝟮𝟬 dimana beliau telah diberhentikan dari sebuah syarikat penerbangan kerana telah melanggar #kontrak pekerjaan. Isu yang dibawakan ke Mahkamah adalah 𝗔𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟴 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 yang menerangkan tentang kesaksamaan di mana beliau menyatakan kontrak tersebut sebagai tidak adil ke atas jantina. Oleh itu, #Penghakiman #Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang dipersetujui oleh beliau sebagai kontrak terikat dan bukan kontrak untuk rundingan dimana kotrak tersebut iaitu kontrak peribadi bagi beliau yang telah mempersetujui setiap Klaus di dalam kontrak tersebut apabila beliau menandatanginya. Justeru itu, kontrak peribadi tidak terikat dengan hak asasi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kesimpulannya, undang-undang kecil atau mana-mana enakmen yang diperkenalkan tidak debenarkan untuk tidak konsisten dengan #Perlembagaan #Persekutuan manakala kontrak #peribadi tidak terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.
@Aainaa Ozaimudi
Pupil In Chamber, 2020

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►