Setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa satu pergantungan diberikan sehingga ada penyelesaian atau keputusan kepada pertikaian.
Maka kerajaan negeri perlu mendapatkan perintah Mahkamah untuk menyelesaikan perkara ini.
Dalam isu pendudukan tanah, banyak perkara perlu dibincangkan dan dilihat semua sudut. Bukanlah saya setuju dengan penceroboh haram, tetapi kea sebegini dibezakan dengan pencerobohan haram bagi tujuan pembalakan dan pemburuan binatang.
Bukan boleh mudah untuk halau pendudukan haram apabila ia telah bertahun-tahun menduduki secara terbuka dan diketahui umum tanpa tindakan. Perlu diingatkan bahawa dalam perundangan kita, masih ada ruang equity dalam menjalankan keadilan sebegini.
Kegagalan bertindak oleh pemilik atau pihak berkuasa memberikan satu anggapan kebenaran secara halus dalam kegiatan itu. (Perbahasan equity panjang, kita tengok kesnya nanti)
Maka tuan tanah perlu mengambil tindakanengikut lunas perundangan sivil bagi mendapatkan kembali tanah berkenaan.
Apa yang perlu ditekankan tetapi gagal diberikan pandangan sewajarnya adalah kegagalan pihak pemilik atau jabatan kerajaan bagi kepentingan pemilik untuk bertindak awal. Kenapa perkara sebegini terjadi di hadapan mata mereka.
Siasat mereka yang tidak menjalankan tugas. Adakah ada unsur kecuaian atau korup.
Masa sama, dapatkan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi tindakan mendapatkan balik apa yang diceroboh. Kalau pandai, buh sekali gantirugi.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..