Monday, August 24, 2020

[670.20] TOTAL LOST TAPI DIJUAL BALIK


Bukan kemahiran saya tetapi entah kenapa kenderaan yang dikenal pasti total lost boleh dibaiki dan dijual balik.
Malah kenderaan sedemikian telah dibayar ganti sepenuhnya oleh syarikat insuran. Bila ada isu dijual balik di pasaran, pemilik asal terkejut bagaimana ia terjadi sebab beliau dimaklumkan kereta total lost dan telah menerima gantirugi setakat kenderaan tersebut diinsurankan.
Gelabah pemilik bila di saman atas isu tersebut. Bagaimana mungkin terjadi katanya.
Dalam jualan balik, pihak insuran, bengkel, kedai kereta/penjual, Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah pihak yabg terlibat. Tetapi bagaimana?
Adakah jalan sah wujud untuk melakukan sedemikian? Atau ini antara keuntungan daripada korupsi dan/atau teknikaliti loophole yang ada?
Mungkin mereka yang mahir dan tahu boleh share maklumat.

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►