Wednesday, July 8, 2020

[𝟲𝟰𝟲.𝟮𝟬] 𝗙𝗘𝗟𝗢 & 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠


Alhamdulillah.
Tahun keberapa terlibat dalam urusan pembelajaran mahasiswa tahun 4, Fakulti Undang-Undang UKM. Terlibat sebagai Felo dan Hakim.
Seronok juga bila rakan lain di universiti lain juga terlibat perkara sama di alma mater mereka.
Siapa pun kita, paling belakang. Bukan untuk mundurkan diri tetapi bantu mereka di belakang untuk ke depan. Samada kita bantu perjalanan mereka atau kita menunggu agar mereka boleh bersaing dengan kita.
Suatu ketika, kita juga berada ditempat mereka. Buat yang dibantu, hargai dan bersyukur.
...................................................
Tengah pening, kerana ada dua masalah di sini. Pertama, sebab baru dilantik, maka adakah saya sudah jadi Hakim atau Pesuruhjaya Kehakiman.
Kedua, kes minggu depan adalah kes bunuh (s.302) yang mana sebelum jadi Hakim / JC olok-olok ini, saya adalah peguambela yang membebaskan mereka/OKT pertuduhan tersebut. Ada konflik kepentingan tak.
Selamat bekerja.
Tahniah kepada JC-JC (real JC) yang baru dilantik.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►