Terdapat pelbagai persoalan yang telah diterima berkaitan dengan isu penindasan dalam kalangan pekerja sepanjang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan #PKP yang kini mula memasuki fasa keempat.
Perintah Kawalan Pergerakan telah menyebabkan kesukaran kepada sektor-sektor industri untuk beroperasi yang mana pada akhirnya telah memberikan impak yang besar kepada majikan dan juga pekerja dari pelbagai sektor #industri.
Dalam keadaan ini, terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul dalam kalangan pekerja terutamanya seperti diberhentikan kerja tanpa sebarang #notis mahupun #pampasan, dipaksa mengambil cuti tanpa gaji, cuti tahunan serta cuti sakit disekat atau dipotong dan pelbagai lagi masalah-masalah lain.
Secara amnya, pekerja adalah dilindungi di bawah Akta Pekerja 1995. Berdasarkan akta ini, #majikan tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan pekerja tanpa sebarang notis, memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji, memotong gaji pekerja mahupun cuti pekerja dengan sewenang-wenangnya.
Dalam erti kata lain, majikan tidak dibenarkan untuk menindas hak pekerja dengan sesuka hati.
Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang menghadapi masalah-masalah sebagaimana yang telah disenaraikan, antara perkara yang boleh dilakukan termasuklah cuba untuk menyelesaikan isu tersebut melalui #kaedah perbincangan bersama majikan terlebih dahulu. Sekiranya ianya tidak dapat diselesaikan dengan baik, pihak yang terkesan boleh untuk mempertahankan haknya di mahkamah berdasarkan Akta Pekerja 1995.
Dalam keadaan yang sukar ini, pekerja dan majikan perlu untuk saling memahami keadaan masing-masing. Ianya adalah bagi memastikan tiada pihak-pihak yang terkilan. Sehubungan dengan itu, majikan boleh untuk membuat perjanjian secara bertulis bersama pekerja bertujuan untuk mengurangkan impak negatif terhadap perniagaan atau syarikat tersebut sama ada melalui kaedah mengurangkan kadar caruman, menyekat atau memotong cuti tahunan atau cuti sakit dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, ianya hanya boleh dilakukan sekiranya dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Perjanjian tanpa persetujuan akan menyebabkan ianya tidak boleh terpakai.
Oleh hal yang demikian, perkara yang paling utama untuk dilakukan sekiranya hak anda sebagai seoang pekerja telah ditindas dan anda tidak menerima sebarang penjelasan yang munasabah dari majikan anda, anda perlu untuk pastikan bahawa anda menyimpan segala #dokumen atau #bukti berkaitan bagi memudahkan anda untuk mempertahankan #hak anda berdasarkan saluran yang betul.
Oleh hal yang demikian, perkara yang paling utama untuk dilakukan sekiranya hak anda sebagai seoang pekerja telah ditindas dan anda tidak menerima sebarang penjelasan yang munasabah dari majikan anda, anda perlu untuk pastikan bahawa anda menyimpan segala #dokumen atau #bukti berkaitan bagi memudahkan anda untuk mempertahankan #hak anda berdasarkan saluran yang betul.
Nota: Gambar Supreme Court of Appeal di Afrika Selatan.
Keyron Nisa
Mei 2020
Mei 2020
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..