Friday, May 15, 2020

[615.20] TIDAK PUAS HATI, MERAYU.


Ulasan ringkas saya ketidakpuasan hati netizen tentang hukuman tersebut
Dua sahaja menjadi sebab, Pertama dia anak VVIP. Kedua, denda hanya RM800 berbanding yang lain kena hukuman denda maksima.
Pendeknya, saya setuju dengan denda ini. Kerana apabila pengakuan salah dibuat, ia telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Dengan kerjasama turut diberikan, satu diskaun kepada hukuman adalah satu pertimbangan wajar. Bukan saya kata, tetapi banyak kes duluan yang menggariskan sedemikian.
Tindakan kerjasama, kos lantikan peguam dalam membantu mahkamah dan mitigasi khusus peguambelanya perlu diambilkira oleh Mahkamah dibandingkan dengan tiada lantikan peguam dalam kes lain.
Banyak lagi nak ulas, tapi...
Akan ada sahaja jawapan logik akal di luar sana. Sekadar ulasan ringkas berdasarkan fakta perundangan.
Jika mana-mana pihak tidak berpuashati, boleh merayu. Jangan kecam tanpa ilmu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►