Friday, January 24, 2020

[546.20] SAKIT SEBAGAI FAKTOR MITIGASI




"Boleh ke kita merayu kurang hukuman atas dasar kita sakit?"
Hukuman adalah satu kesan untuk mengubah penjenayah dan jenayah itu kepada kepentingan umum.
Jawapannya boleh. Semangnya faktor kesihatan menjadi faktor mitigasi dalam Mahkamah mengambilkira sebelum menjatuhkan hukuman selain faktor-faktor lain. (PP vs. Morah Cekwube Cekwudi )
Dalam rayuan kes Joseph William a/l George Winson vs PP, rayuan dibenarkan bagi hukuman rompakan tersebut apabila dinyatakan dalam mitigasinya bahawa OKT mengalami kerosakan otak yang mana kecederaan otak dan keadaan fizikal Perayu diambilkira oleh pihak Mahkamah Tinggi. Dalam rayuan ini hukuman penjara dikurangkan kepada 9 tahun daripada 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Tinggi juga dalam kes Tang Ka Wak vs. PP telah membenarkan rayuan dan mengurangkan hukuman penjara kepada 4 tahun daripada 9 tahun apabila mengambilkira faktor umur 71 tahun dan kesihatan Perayu yang mana turut terdapat laporan bahawa kebanyakan masa Perayu ditempatkan di Wad Penjara berbanding selnya. Mahkamah melihat satu pemenjaraan lama tidaklah memberikan kesan kepada perubahan tetapi tempoh yang kurang juga menepati tujuan hukuman setelah mengambilkira faktor tadi .
Banyak lagi kes lain. Cukup lah untuk rujukan pembaca.
Nota: Menarik tengok resit jualan abang kantin yang di awal pagi. Kalau petang ni, agak-agak kena tukar dua gulung resit ke.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►