Friday, January 24, 2020

[545.20] REZEKI DAH TETAP





Dua tiga minggu dapat tahu kemungkinan ada lagi klien tahanan LLPK akan bebas. Bebas tahanan penjara.
Dalam masa yang sama sediakan utk pembicaraan depan Lembaga Penasihat. Mungkin kalau dapat bebas selepas bicara ini.
Telah sediakan dan selesai untuk arahan saksi dan dokumen teratur. Bawa diri dan buka mulut sahaja.
Semalam semasa di Terengganu, klien hubungi yang mahu batalkan kerja kami. Pagi itu, kami telefon untuk dapatkan fee. Mungkin kerana itu, mungkin keluarga sudah give up dengan klien. Urusan mereka dan keluarga mereka.
Tiket penerbangan hangus.
Hari ini selepas selesai urusan kes di Terengganu, ada klien telefon untuk satu kes jenayah. Jadual yang kosong telah berganti. Sekarang berkejar ke sana.
Saja menulis ini sebab semalam ada peguam kata bisnes peguam susah. Rezeki Allah bagi, selebihnya pandai-pandailah uruskan kewangan. Bisnes ni tidak semestinya masuk lebat, asalkan berkat.
Ko guano?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►