Thursday, December 5, 2019

[518.19] COURTESY IS COSTS NOTHING BUT BUYS EVERYTHING



Semalam dalam hujahan di hadapan #Majistret, seksyen 56 berkenaan etika antara peguam-peguam ditimbulkan termasuk isu 7 hari.
Ia mengingatkan saya kepada peguamcara yang menjadi bos #litigasi sivil pertama saya yang mewajibkan notis di bawah #Seksyen 56 di keluarkan sebelum satu proses penghakiman Ingkar direkodkan atau sebagai ingatan kepada peguamcara pihak lawan untuk menepati arahan #Mahkamah yang Mulia.
Sepanjang saya praktis undang-undang, tiada lagi #Penghakiman Ingkar direkodkan apabila peguamcara dilantik di dalam prosiding berkenaan, menjadikan notis selaras seksyen 56 adalah suatu yang tidak #relevan.
Sebenarnya itulah #courtesy dan rasa hormat antara peguam-peguam bagi ingat-mengingatkan antara satu sama lain mengenai teknikaliti agar tidak leka menepati #arahan Mahkamah.
Sebaliknya juga, notis sebegini adalah relevan atas pengalaman terdahulu. Apabila Penghakiman Ingkar direkodkan oleh seorang #peguamcara ke atas pihak Defendan yang diwakili, maka peguamcara #Plaintif diheret ke Lembaga #Tatatertib Peguam-Peguam atas sebab tiada notis diberikan selaras seksyen 56 tersebut dan dikatakan peguamcara Plaintif tiada courtesy / rasa hormat kepada lawan dan undang-undang.
Balik daripada bicara dan hujahan semalam. Saya amalkan balik perkara tersebut sebagaimana awal praktis dulu. Ada pula #peguamcara terasa dengan surat berkenaan. Kalau saya terima peringatan sedemikian, saya patut berterima kasih atas ingatan.
Minggu ini banyak berurusan dengan peguamcara tentang banyak perkara. Alhamdulillah, berbeza bangsa dan agama tidak menjadikan kami negatif dalam membantu menyelesaikan masalah perundangan terutama penyelesaian segera di luar Mahkamah dalam konteks kebaikan dan keadilan untuk semua.
Maafkan saya atas #peringatan. Rasa hormat perlu diterapkan. šŸ„°

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►