Thursday, December 5, 2019

[519.19] LOCUS STANDI PEGUAMCARA & PEGUAMBELA



[Ini bacaan ringan untuk pemahaman kepada beberapa persoalan awam kepada kami. Jika peguam yang membaca mungkin nampak janggal skop penulisannya.]
Jika dirujuk kepada kamus, #Locus #Standi membawa maksud -the right or capacity to bring an action or to appear in a court.
"a foreign government which has not been recognized by the UK government has no locus standi in the English courts"
Dengan maksud melalui #kamus itu, rasanya pembaca sudah boleh faham apa maksud locus standi dalam konteks Malaysia (ganti english di atas tu).
Dengan arahan dan perlantikan, peguambela dan peguamcara boleh berdiri dan menjalankan tanggungjawab #perundangan di #Mahkamah.
Banyak juga bertanyakan khidmat #guaman terutama dari Sabah. Malah ada di Brunei, Indonesia, Eropah dan pagi ini daripada Amerika. Alhamdulillah, mungkin artikel perundangan di #HNC ini memberikan satu kebaikan walaupun tidak banyak.
Sudah ada terjemahan melalui #google translate oleh pembaca luar walaupun memang artikel kami dihadkan kepada #bahasa Malaysia untuk mengehadkan pembaca dan komen tidak sepatutnya.
Berbalik kepada locus standi peguam. Ada 3 isu yang mainkan peranan penting dalam memahami locus standi peguam Malaysia untuk beramal guaman.
PERTAMA, Peguam Malaysia hanya boleh beramal guaman di mana dia diberikan lesen amalan #guaman.
Di #Malaysia, terdapat 3 badan yang dibenarkan mengendalikan amalan guaman iaitu Majlis Peguam Malaysia bagi semenanjung Malaysia , Persatuan peguambela Sarawak bagi Sarawak dan Persatuan Undang-Undang Sabah bagi Sabah. Menariknya peguam boleh mendapatkan locus standi melalui panggilan masuk (Long Call) kesemua Bar tersebut atas syarat-syarat yang ditetapkan tetapi hanya boleh mendapatkan satu sahaja sijil amalan guaman. Tidak boleh dapatkan sijil amalan guaman daripada lebih satu badan pada satu-satu masa.
KEDUA, lesen amalan guaman atau AdHoc hanya boleh dibuat kepada badan melalui kelulusan #ijazah yang diiktiraf dan sama sistem perundangan asas.
Jika di Malaysia, kita adalah perundangan asas di bawah perundangan enlish, iaitu negara-negara komanwel. Jadi untuk mendapatkan ijazah daripada negara selain perundangan english seperti China, adalah tidak boleh memohon untuk lesen.
Malah untuk kita nak memohon satu sijil #amalan atas kelulusan luar perundangan enlish pun tidak boleh. Sebagai contoh, Peguam Malaysia masih boleh memohon sijil/lesen amalan guaman di Singapura. Bukan sebab dulu dia sebahagian daripada Malaysia nyer.
KETIGA, mempunyai ijazah perundangan (daripada mana sekali pun) tidak menjadikan ia sebagai peguambela atau peguamcara di mana-mana. Peguambela dan Peguamcara hanya satu jawatan apabila diperolehi satu sijil amalan guaman.
Jadi jika di Malaysia, peguambela dan peguamcara memiliki sijil amalan guaman dan mempunyai perlindungan #insuran khusus terhadap dirinya bagi tugasan profesionalnya. Selain itu setiap #peguam ada nombor pendaftarannya di Malaysia seperti (BC/H/1324)
Jangan ingat semua orang pakai black and white itu #peguambela atau #peguamcara. Mungkin peraih (touters) atau penjual insuran sahaja.
Kalau bayar kepada peguam, pastikan bayar kepada akaun rasmi firma, ada pejabat rasminya, ada kad nama dan ada resit. Sekadar nasihat tambahan sebab ramai yang terkena.😈😈

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►