Wednesday, December 4, 2019

[445.19] JANDA, BALU & ANAKNYA TANGGUNGJAWAB WALI.





Tengok ada ibu tunggal meniaga kek depan bank. Saya tanya, "memang full time jual kek ke".
Dia kata tak. Dia kerja lain. Masa tidak shif kerja, dia meniaga. Kek pun buka dia buat. Ada kawan buatkan. Ada yg dibelinya dan dijual semula. Katanya untuk menampung 1 anak yang masih bersekolah.
Dari situ kita boleh baca yang dia boleh meminta dari suami/keluarga suami sebagai wali kepada anaknya. Tetapi dilihat meminta-minta itu satu keburukan baginya walhal dia berhak atas sedikit nafkah anaknya daripada bekas suami atau keluarga arwah suami. (Tak tanya ibu tunggal pasal apa pulak).
Masa ini saya teringat satu status facebook rakan peguam saya. Dia nasihatkan agar keluarga melepaskan harta dan wang peninggalan arwah kepada anak-anak arwah dan isterinya.
Keluarga mereka kata "mana boleh. Itu hak kami. Faraid peninggalan anak/adik beradik kami".
Rakan peguam saya nasihatkan begini; "okaylah. Harta dan wang peninggalan boleh dibahagikan kepada keluarga Puan. Tetapi start esok, setiap bulan Puan dan anak-anak kena masukkan RM1000 sebulan kepada isterinya dan anak-anak sebab masa arwah hidup, nafkah untuk mereka RM1000 sebulan. Itu tanggungjawab keluarga arwah"
"Mana kami mampu"
Ramai orang kejar harta peninggalan si mati. Tetapi berapa ramai bapa saudara, datuk, adik dan abang menjalankan tanggungjawab mereka kpd anak kecil selepas kematian bapanya.
Ini tentang undang-undang Islam. Anda sedar tentangnya?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►