Wednesday, December 4, 2019

[446.19] KES RASUAH MELIBATKAN PEGUAM, POLIS & PENDAKWARAYA





Ramai yang bertanya tentang ini kepada saya baik orang awam dan peguam. Saya cuma ada satu kes di mahkamah berkenaan yang sedang dalam perbicaraan penuh 2-5 hari dalam masa sebulan.
Nampaknya kena cari DPP gantian untuk kes tersebut.
Apa yang berlaku juga saya tidak sangka. Tapi biarlah SPRM membuat kerja mereka. Masih terlalu awal untuk memberikan pandangan.
Ada orang kata, tanpa rasuah kita sukar berjaya. Saya tidak setuju. Allah memberikan jalan rezeki berbeza-beza. Kenapa perlu risau.
Keberkatan rezeki yang dicari. Kenapa perlu banyak wang jika tiada berkat sedangkan wang halal yang sedikit lebih bermanfaat. Sebab tu saya selalu sebut di sini, amat bangga bila temui polis yang amat jujur. Dan saya kenali ramai polis sedemikian. Jangan kerana nila setitik, maka rosak semua anggota yang jujur.
Kita membawa nama baik jabatan dan juga nama baik ibu bapa kita.
Cakap TIDAK untuk rasuah!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►